Skip to main content

Tortilla Hot & Roll Simple


Salam, hai korang, hari ini saya akan kongsikan salah satu resepi yang mudah untuk dicuba dirumah, iaitu Tortilla Hot & Roll Simple. Selamat mencuba. Jangan lupa share dengan kawan-kawan lain ye.

Resepi Tortilla Hot & Roll Simple

Bahan-bahan Resepi Tortilla Hot & Roll Simple

1 paket roti tortilla (sy guna jenama #missionwrap)
Sosej jenama Ramly (hiris)
Bawang holland (hiris)
Cheesedale
Parmesan cheese
Serbuk cili
Serbuk lada hitam
Mayonis

Cara Cara Masak Resepi Tortilla Hot & Roll Simple

Celur sosej ramly seminit, toskan dan hiris nipis.
Panaskan pan.
Letak sekeping roti tortilla atas pan (pastikan api slow).
Bila dah garing, palingkan.
Susun parmesan cheese,sosej, cheesedale.
Tabur bawang cincang dan ratakan mayones. Tabur serbuk cili dan serbuk lada hitam.
Tutup pan & biar 2 minit.
Lepas 2 minit, angkat tutup pan.
Lipat 3 segi, angkat dan hidang.
Sedap dimakan panas-panas.


Selamat Mencuba - resepiwestern.blogspot.com

Comments